Umum

Fizik // Physics // Physik // علوم فيزيائية

physics-mapFizik merupakan antara  bidang yang paling digeruni ramai atas beberapa sebab. Namun, tujuan Fiziklah! bukanlah untuk mengupas kegerunan ini, tetapi untuk menyediakan medium info-santai kepada orang kebanyakan dan rakyat marhean terhadap ilmu fizik.

Meski kalian tidak pernah sedetik pun bercita-cita untuk menjadi seorang fizikawan yang berjaya, namun ilmu fizik begitu penting untuk dimiliki (sedikit, jika tidak banyak) kerana kehidupan seharian kita disusun atur oleh hukum-hukum fizik (yang sudah tentu berasal daripada kekuasaan Tuhan). Mengenali fizik adalah mengenali Tuhan!

Apabila saya (admin) melangkah ke peringkat pengajian ijazah pertama, saya melihat fizik dan cabang-cabangnya seolah-olah disusun pada sebuah skala terbesar di alam semesta.

Pada ukuran terkecil atau dikenali sebagai skala mikroskopik, fizik mengkaji zarah-zarah asas (elementary particles) seperti Quark, Lepton dan Boson yang merupakan blok binaan kepada Proton dan Neutron serta zarah-zarah yang lain.

Kemudian, pada skala makroskopik (iaitu skala yang dapat dilihat oleh mata kasar), fizik menerangkan kepada seisi dunia bagaimana ia berfungsi dengan ilmu yang diasaskan oleh Isaac Newton; ia juga dikenali sebagai Fizik Klasik.

Tidak cukup dengan itu, fizik juga mempunyai aplikasinya dalam mengkaji jasad-jasad samawi (celestial bodies) yang berskala gergasi dan terletak jauh dari Rumah kita. Pengajian Astrofizik dan Kosmologi jatuh dalam kategori ini.

Dan di celah-celah ketiga-tiga skala ini, terletak banyak lagi cabang-cabang fizik yang tidak dapat diterangkan secara ringkas di dalam entri kali ini. Justeru, teguhlah bersama kami dalam;

Apa lagi, Fiziklah!

Artikel Berkait

Anda juga mungkin meminati
Close
Back to top button