Astrofizik & Kosmologi

Sistem Suria (Planet Panas)

Tengok tajuk pun dah tahu kan? Ini adalah artikel permulaan bagi siri Sistem Suria, jadi tajuk ni mungkin tak berat sangat bagi anda sebab pernah belajar masa sekolah rendah dah juga menengah dulu kan? Okay entri ni adalah kupasan untuk thread di dalam laman twitter kami tapi cuma admin akan perjelaskan dengan lebih detail di dalam artikel ini. Mula-mula admin nak cakap pasal sistem solar kita dulu, korang semua tahu kita duduk di planet ke berapa? Haaa ingat tak? Bumi adalah planet ke tiga dari matahari, dimulai dengan planet Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptune. Dah teringat sikit-sikit dah pasal planet-planet ni?

Gambar di atas tu adalah susunan dan rupa planet-planet tersebut. Kita dah tegok nama dan planet-planet tersebut mari kita fokus kepada beberapa planet yang istimewa. Admin nak tanya anda, planet apa yang paling panas di dalam sistem suria kita? Anda rasa apa jawapannya? Kalau dilihat mengikut logik, mestilah planet yang terdekat dengan matahari kan iaitu Utarid? Tapi malangnya jawapan Utarid adalah salah, dan jawapan yang betul adalah planet Zuhrah, planet yang kedua dari matahari. Kenapa Zuhrah bukan Utarid? Ini disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama adalah kerana planet Zuhrah mempunyai lapisan atmosfera yang sangat tebal dan komposisinya adalah karbon dioksida (carbon dioxide). Lapisan atmosfera yang tebal ini akan menyebabkan terhasilnya kesan rumah hijau (Greenhouse Effect). Kesan rumah hijau adalah kesan di mana haba daripada matahari diserap dan terperangkap di bawah lapisan atmosfera. Kesan rumah hijau ini akan meningkatkan suhu planet dan inilah yang menyebabkan pemanasan global di Bumi.

Selain daripada lapisan atmosfera yang tebal, planet Zuhrah juga mempunyai aktiviti gunung berapa yang paling aktif di dalam sistem solar kita. Boleh dikatakan permukaan planet Zuhrah penuh dengan lava panas yang menyumbang kepada peningkatan suhu planet tersebut. Jaraknya yang dekat dengan matahari juga memainkan peranan dalam menjadikan planet tersebut planet yang paling panas.

Utarid?
Untuk planet Utarid pula sememangnya planet tersebut adalah yang paling hampir dengan matahari, tetapi planet tersebut mempunyai lapisan atmosfera yang sangat nipis, seperti hampir tiada langsung lapisan atmosfera. Ini akan menyebabkan semua tenaga haba yang diberikan oleh matahari tidak akan diperangkap. Suhu waktu siang di Utarid adalah sekitar 400 darjah celsius, manakala waktu malam pula adalah sekitar -170 darjah celsius. Perbezaan ketara di antara siang dan malam ini adalah disebabkan oleh ketiadaan atmosfera di planet tersebut. Jadi, mana-mana planet ataupun jasad yang tidak mempunyai atmosfera akan mengalami fenomena yang sama, siang yang tersangat panas ( bergantung kepada jarak dengan matahari ) dan malam yang sangat sejuk.

Kedaan ini sama lah macam bulan kita, di bulan langsung tiada lapisan atmosfera yang ini menyebabkan pada waktu siang di bulan suhu akan mencecah sehingga 100 darjah celsius dan waktu malamnya yang sangat sejuk seperti utarid dengan suhu mencecah -170 darjah celcius juga.

Okay lah, admin rasa cukup sampai sini sahaja untuk bahagian pertama siri Sistem Suria ini, pada bahagian seterusnya kita akan bawa anda semua menjauihi daripada matahari.
Sekian.

Fakta ringkas : Bulan mengambil masa selama 27 hari untuk mengorbit bumi dan berputar di atas paksinya, disebabkan itu, kita cuma boleh nampak sebahagian bulan sahaja. Lagi sebahagian kita tak akan nampak dan bahagian inilah yang dipanggil “The Dark Side of The Moon”.

Siri Sistem Suria:
Sistem Suria (Besi & Ais Langit): https://www.fiziklah.com/2017/01/sistem-suria-besi-ais-langit/
Sistem Suria (Pelindung Suria): https://www.fiziklah.com/2017/01/sistem-suria-siri-akhir-pelindung-suria/

Admin Z

Salah seorang daripada 2 admin Fiziklah! Itu je kot. LOL!

Artikel Berkait

Anda juga mungkin meminati
Close
Back to top button