Mengenai Kami

“Menginsankan fizik sejak 2016”

Fiziklah! merupakan hasil sembang-kencang dua orang sahabat lepasan jurusan fizik (Admin A dan Admin Z) dengan satu matlamat – menzahirkan fizik ke dalam kehidupan orang awam (tetapi dengan cara yang tidak menakutkan!).

Kerana itulah dilema orang kita sejak azali; minat terhadap ilmu Sains dibunuh oleh pengenalan yang penuh dengan persamaan dan istilah-istilah yang terlalu teknikal untuk dicerna. Kami di Fiziklah!  berpendapat bahawa setiap fenomena yang dialami oleh kelima-lima deria kita setiap hari adalah berhubungkait dengan fizik.

Anda tiada latar belakang subjek fizik? Jangan risau! Tiada masalah, artikel-artikel kami ditulis khas untuk mereka yang mempunyai minat terhadap sains fizik atau fenomena alam, tetapi tiada latar belakang fizik mahupun sains. Kesemua artikel kami menggunakan gaya bahasa yang santai tanpa adanya istilah-istilah saintifik beraras tinggi.

Maka, jika minda kita hanya mempunyai satu slot untuk menguasai satu cabang ilmu Sains;
Apa lagi, Fiziklah!

Back to top button