Termodinamik

Laut dan Darat

Mungkin ramai yang masih ingat pernah belajar mengenai bayu laut dan juga bayu darat masa zaman persekolahan dulu, atau mungkin ada adik-adik yang sedang belajar mengenai topik ini sekarang. Jadi dalam artikel ni admin nak kongsikan sikit macam mana bayu laut dan bayu darat terjadi. Kalau anda selalu pergi ke pantai atau ada yang tinggal di persisiran pantai, mungkin anda perasan yang kalau waktu malam angin bertiup dari daratan ke arah laut, dan kalau waktu siang pula angin akan bertiup dari lautan ke arah darat kan? Ke korang tak perasan pun? Jadi fenomena ini lah yang dinamakan sebagai bayu laut dan juga bayu darat. Bayu laut adalah ketika angin bertiup dari laut ke arah darat dan bayu darat pula adalah ketika angin bertiup dari arah darat ke laut. Jadi dah refresh dan ingat-ingat sikit kan berkenaan dengan bayu laut dan darat ni?

Macam mana pula angin tu boleh bertukar arah eh? Malam dia bertiup dari darat, siang pula dia bertiup dari laut. Ini semua ada adalah disebabkan oleh kitaran udara di antara kawasan lautan dan juga daratan. Sebelum kita mendalami mengenai bagaimana kitaran udara ini boleh berlaku, ada beberapa konsep yang ingin admin tekankan di sini. Pertama, udara panas adalah kurang tumpat berbanding udara sejuk, ini akan menyebabkan udara panas naik ke atas (macam minyak yang kurang tumpat akan membuat lapisan di atas air). Kedua, setiap jirim atapun objek di dunia ini mempunyai satu ciri yang dinamakan sebagai kapasiti haba (heat capacity). Jasad yang mempunyai kapasiti haba yang rendah akan cepat berubah suhu berbanding jasad yang mempunyai kapasiti haba yang tinggi. Pegang dua konsep ini dahulu ye!

Sumber : www.weatherworksinc.com

Bayu Laut
Baiklah kita tengok pada waktu siang, mesti lah waktu ini waktu yang panas kan sebab ada cahaya matahari yang menjadi sumber haba. Matahari sudah tentulah akan memanaskan permukaan bumi kan? Maka lautan dan juga daratan turut akan menjadi panas. Tetapi, di sinilah di mana kapasiti haba tadi memainkan peranan. Daratan mempunyai kapasiti haba yang rendah berbanding lautan, oleh itu, daratan akan lebih cepat menjadi panas berbanding luatan. Kita juga boleh katakan lautan akan kekal menjadi sejuk kerana ianya akan mengambil masa yang sangat lama untuk panas. Hasil daripada peningkatan suhu kawasan darat akan menyebabkan suhu udara di kawasan tersebut akan turut meningkat. Macam yang admin dah cakap tadi, udara yang panas akan menjadi kurang tumpat lantas akan naik ke atas (nombor 3 gambar di bawah).

Sumber: http://www.srh.noaa.gov

Ini akan menyebabkan kawasan daratan bertekanan rendah (nombor 1) disebabkan oleh ruang yang dihasilkan oleh udara panas yang naik ke atas tadi. Ini akan menyebabkan udara sejuk dari kawasan lautan akan meluru ke arah daratan untuk memenuhi ruang yang dihasilkan oleh udara panas itu tadi (nombor 2). Macam yang kita tahu, kawasan yang beraltitud tinggi adalah lebih sejuk berbanding kawasan yang beraltitud rendah (Cameron Highland vs Kuala Lumpur). Jadi, udara panas yang naik ke atas tadi lambat laun akan menjadi sejuk kerana suhu persekitaran menjadi semakin sejuk. Udara yang sudah sejuk akan menjadi tumpat dan akan turun ke kawasan lautan (nombor 6), ini akan meninggalkan ruang dan kawasan yang bertekanan rendah pada atas udara, justeru udara panas dan sedang menyejuk dari nombor 3 tadi akan meluru untuk memenuhi ruang yang ditinggalkan oleh udara sejuk yang turun ke kawasan lautan itu tadi. Kitaran ini akan berterusan sehinggalah ke waktu malam.

Bayu Darat
Bila sampai waktu senja atau menghampiri malam, matahari pun mestilah makin nak terbenam kan? Suhu pun mesti lah makin turun. Bila masuk je waktu malam, dengan ketiadaan cahaya matahari sebagai sumber haba, daratan akan cepat menjadi sejuk disebabkan oleh kapasiti haba yang rendah tadi. Lautan yang panas dengan perlahan dek cahaya matahari masa siang tadi pula lambat untuk menjadi sejuk pada malam hari kerana kapasiti haba yang tinggi.

Sumber: qph.ec.quoracdn.net

Disebabkan situsi ini, kitaran seperti siang tadi akan menjadi terbalik, kerana lautan lebih panas berbanding daratan. Udara panas dari lautan akan naik ke altitud lebih tinggi meninggalkan ruang dan akan dipenuhi oleh udara sejuk yang akan meluru dari daratan. Udara yang naik tadi akan menyejuk dan akan turun kembali ke daratan. Kira lebih kurang sama lah macam kitaran waktu siang, cuma terbalik je. Jadi boleh faham kan? Bawah ni admin sertakan gambar perbezaan antara siang dan malam.

Sumber: www.britannica.com

Jadi lepas ni kalau adik-adik korang semua yang tengah belajar geografi, kajian tempatan, atau sains tanya pasal benda ni boleh lah korang semua jawab soalan mengenai bayu laut dan darat ni like a boss tanpa ada  perasaan ragu-ragu.

Sekian, apa lagi? Fiziklah!

Admin Z

Salah seorang daripada 2 admin Fiziklah! Itu je kot. LOL!

Artikel Berkait

Anda juga mungkin meminati
Close
Back to top button