Astrofizik & Kosmologi

Bulan: 5 Fakta Menarik

Bagai pungguk merindukan bulan
Bagai bulan dipagari bintang
Bagai bulan jatuh ke riba

Itulah antara peribahasa yang selalu kita dengar sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu. Apa yang istimewanya peribahasa-peribahasa tersebut? Sudah tentulah mengandungi perkataan bulan. Bila kita tengok ke arah langit pada waktu malam (kalau tak mendung lah) sudah tentu akan terlihat bulan. Tak kira lah bulan sabit ke, bulan separa ke mahupun anak bulan, mesti akan ada bulan. Jadi dalam artikel kali ini, admin nak kongsikan 5 fakta mengenai bulan kita. Let’s go!

1. Fasa-fasa bulan

Sumber : www.vecteezy.com

Bulan mempunyai 8 fasa, bermula dari anak bulan, sabit, separa, purnama baru, purnama, purnama lama, separa (tua), dan sabit (tua). Fasa-fasa ini adalah kerana pantulan cahaya daripada permukaan bulan yang terdedah kepada cahaya matahari. Kawasan cerah adalah kawasan yang terkena cahaya matahari, dan kawasan gelap yang terlindung pula.

Sumber : http://itakarim.blogspot.my

2. Permukaan berkawah

Sumber : http://www.skyandtelescope.com

Permukaan bulan dipenuhi dengan kawah hasil daripada hentaman meteorite. Kawah besar yang popular adalah kawah Copernicus dan Tycho kedua-duanya adalah dari nama ahli astronomi. Jika anda menemui satu kawah baru yang belum diberi nama, anda boleh maklumkan pada International Astronomical Union (IAU) dan mungkin nama anda akan menjadi nama kawah tersebut. Selain itu, kalau kita perhatikan juga terdapat tompok-tompok gelap pada permukaan bulan seperti gambar di atas. Tompok-tompok tersebut dikatakan adalah kesan-kesan lava sewaktu pembentukan bulan dahulu.

3. Tiada lapisan atmosfera

Sumber : https://scied.ucar.edu

Ketiadaan lapisan atmosfera di bulan menyebabkan ianya terdedah kepada sinaran kosmik. Lapisan atmosfera bumi lah yang melindungi kita daripada ancaman sinaran-sinaran berbahaya dari angkasa. Selain itu, ketiadaan atmosfera juga menyebabkan meteorite yang jatuh ke bulan tidak terbakar. Jika di bumi, geseran meteor yang jatuh dengan atmosfera bumi akan menyebabkan meteor habis terbakar dan tidak mencecah bumi. Oleh kerana meteor tidak terbakar di bulan, ianya akan menjadi meteorite lalu menghentam bulan dan menjadi punca mengapa terdapat banyak kawah di permukaan bulan.

4. Tarikan graviti yang lemah

Sumber : https://www.wired.com

Tarikan graviti bulan adalah lemah berbanding bumi, cuma 1/6 sahaja daripada kekuatan graviti di bumi. Jadi jika berat anda adalah 60 kilogram di bumi, berat anda akan menjadi dalam lingkungan 10 kilogram sahaja di bulan. Walaupun bulan mempunyai daya graviti yang lemah, namun daya gravitinya juga mampu membuatkan kita mengalami fenomena air pasang dan air surut. Bayangkan lah kalau tarikan gravitinya lagi kuat dari yang sedia ada.

Sumber : https://en.wikipedia.org

5. Satu sisi sahaja

Tidal locking (kiri) | Sumber : https://en.wikipedia.org

Penduduk bumi hanya mampu untuk melihat permukaan bulan yang sama sahaja. Dalam erti kata lain kita dapat melihat satu sisi bulan sahaja. Sisi yang sebelah lagi akan sentiasa berpaling dari arah bumi. Ini adalah kerana kadar putaran bulan di atas paksinya dan orbit bulan mengelilingi bumi adalah sama iaitu 27 hari. Keadaan ini dipanggil sebagai tidal locking. Kawasan yang sentiasa berpaling daripada bumi ini lah yang dipanggil sebagai the dark side of the moon. Kalau nak tengok sisi sebelah lagi, boleh google atau pergi sendiri ke bulan. Haha.

Itu sahajalah perkongsian 5 fakta mengenai satelit semula jadi kita iaitu bulan. Mungkin ada antara fakta tersebut yang telah anda ketahui. Bulan memberikan kesan yang sangat besar di dalam kehidupan manusia seperti penciptaan kalender Lunar dan juga penentuan bulan-bulan Islam.  Pada hari ini (26 Mei 2017) anak bulan telah pun kelihatan dan ini menandakan bahawa bulan Ramadhan Al Mubarak telah pun tiba. Mengakhiri artikel ini admin nak sampaikan serangkap pantun.

Anak bulan telah pun kelihatan,
Menandakan tamatnya bulan Sya’ban,
Selamat berpuasa kami ucapkan,
Di bulan yang mulia bulan Ramadhan.

Selamat berpuasa dari kami admin Fiziklah!

Admin Z

Salah seorang daripada 2 admin Fiziklah! Itu je kot. LOL!

Artikel Berkait

Anda juga mungkin meminati
Close
Back to top button