Keelektromagnetan

Elektrik + Magnet?

Electromagnetism atau Keelektromagnetan merupakan salah satu cabang fizik yang agak tua berbanding cabang-cabang lain. Secara mudahnya, Keelektromagnetan mengkaji fizik yang melibatkan daya elektromagnet; salah satu daripada empat daya asas (fundamental forces). Daya elektromagnet merupakan daya yang dialami antara zarah bercas, contoh yang paling mudah sudah tentu adalah elektron.

Daya elektromagnet adalah hasil gabungan daripada dua medan asas – medan elektrik (electric field) dan medan magnet (magnetic field). Anda boleh bayangkan medan-medan ini seperti suatu kawasan atau ruang yang mengalami sesuatu daya. Dan dua medan inilah yang bertanggungjawab dalam menghasilkan sesuatu yang kita panggil sebegai spektrum elektromagnet.

Tanpa spektrum elektromagnet, anda tidak dapat memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro (gelombang mikro), tidak dapat menonton televisyen atau mendengar radio (gelombang radio), malah tidak dapat melihat langsung! (gelombang cahaya). Banyak lagi aplikasi gelombang-gelombang dalam spektrum elektromagnet yang kita tidak sedari selama ini. 

Jika umat manusia masih tidak mendalami ilmu keelektromagnetan sehingga sekarang, kita mungkin masih menggunakan lampu minyak tanah untuk menerangi malam-malam kita, sebab.. yelah, tanpa ilmu tersebut sudah tentu kita gagal memanfaatkan tenaga elektrik untuk menguasakan Bumi kita ini!

Saya kira cukup setakat ini sedikit sebanyak mengenai Keelektromagnetan dalam entri kali ini. Banyak lagi boleh dikongsikan mengenainya dalam:

Apa lagi, Fiziklah!

Artikel Berkait

Back to top button