Umum

Kalendar 2017: Hari Ini dalam Fizik

Produk pertama kami kini dilancarkan!

Kami memikirkan cara bagaimana untuk menghasilkan produk pertama kami yang informatif, praktikal dan dalam masa yang sama, tidak sakit mata memandang!

Maka, Kalendar 2017: Hari Ini dalam Fizik pun terhasil!

Ya, kami tahu, sudah lewat sebulan; tetapi bak kata pepatah Inggeris – lebih baik lewat daripada tiada :p Ini merupakan tanda terima kasih kami kepada anda atas sokongan yang diberikan! Muat turun dan cetak atau tetapkan ia sebagai kertas dinding komputer anda – atau apa jua yang anda mahu lakukan!

Kami bukanlah pereka grafik tegar mahupun profesional (kami hanyalah peminat fizik, sama seperti anda, masih ingat?), tetapi kami harap anda menyukainya 🙂 Tiga versi disertakan iaitu: pdf, imej jpeg berasingan serta kertas dinding PC bersaiz 1920 x 1080 piksel (HD penuh, 16:9).

Sebelum kami memberikan pautan untuk memuat turun, kami memohon masa berharga anda untuk menjawab tinjauan ringkas. Maklumbalas anda begitu berharga buat kami!

Klik pautan di bawah:

https://goo.gl/forms/Qsv7ch3d6FgVLg5z2

Apa lagi, Fiziklah!

Artikel Berkait

Anda juga mungkin meminati
Close
Back to top button