Mekanik Kuantum

Medan

Medan apa yang admin nak cakap ni? Medan ada banyak Medan, ada Medan di Indonesia, ada medan selera, ada medan pertempuran, medan apa eh? Sebenarnya admin nak bercakap mengenai medan kuantum ( quantum field ). What? Mesti ada antara mereka yang latar belakangnya fizik bila dengar pasal kuantum je terus macam alergik dah kan? Jangan risau, admin pun macam tu jugak dulu. Okay bagi yang dah baca pasal atom dalam artikel atomos dan pasal daya dalam artikel tertarik menarik pasti anda pernah dengar mengenai proton, elektron, neutron kan? Ada jugak yang dah pernah dengar mengenai foton dan sebagainnya, kali ni admin nak bercerita benda yang berkaitan dengan semua tu, jadi kita rileks je okay, admin akan permudahkan semua ni .

Dalam fizik ni ada satu teori yang dipanggil teori medan kuantum ( quantum field theory ). Teori ni mengatakan di sekeliling kita, penuh dengan medan kuantum, termasuklah ruang angkasa yang vakum tu, nama je vakum tapi ahli fizik kata penuh dengan medan. Medan ni macam tempat yang dimana ada kemungkinan untuk sesebuah zarah tu wujud walaupun tempat tu macam vakum di ruang angkasa. Kenapa saya guna perkataan kemungkinan? Sebab dalam dunia kuantum ni, semuanya bergantung kepada kemungkinan. Okay, macam mana sesebuah zarah tu contoh macam proton, elektron, atau apa-apa zarah tu wujud? Ianya akan wujud apabila terdapatnya pengujaan ( excitation ) tahap tenaga pada medan tersebut. Boleh tengok gambar ni bawah ni.

Bila adanya puncak yang berwarna biru tu hasil daripada pengujaan, maka akan wujudnya zarah. Kalau tak ada sebarang puncak macam tu, maknanya tak ada zarah lah, macam sekeliling tu, tapi ini semua berdasarkan teori medan kuantum. Anda semua boleh faham setakat ni? Saya akan cuba analogi kan medan kuantum ni dengan laut, ataupun kolam ikan. Kita tahu tak ada berapa banyak ikan di dalam kolam tu atau jenis ikan apa yang ada dalam kolam tu, tak kan? Jadi, bila ikan ni timbulkan dirinya untuk bernafas atau makan di permukaan air, kita akan nampak ikan apa kan? Kita boleh anggap ikan yang timbulkan diri di permukaan tu macam medan yang teruja ( excited ), bila ada pengujaan baru lah ada nya zarah, bila ikan tu timbulkan diri, baru lah nampak ikan. Manakala ikan-ikan yang berada di dasar kolam atau laut itu boleh dianalogikan sebagai zarah-zarah yang ada kemungkinan untuk muncul, di mana ada kolam / laut ( quantum field ) di situ lah ada kemungkinan untuk ikan ( zarah ) muncul kan? Tak kira lah ikan kecil ke besar ke, kat longkang pun masih ada ikan okay! Berudu pun termasuk, haha.

Jadi admin rasa cukup lah sampai sini untuk permulaan topik mengenai medan kuantum, kita pergi secara perlahan untuk kuantum ni, banyak lagi yang kita boleh terokai dalam bidang ni sebab ianya sangat misteri dan sangat menarik jika difahami.

Sekian.

Admin Z

Salah seorang daripada 2 admin Fiziklah! Itu je kot. LOL!
Back to top button