Browse By

All posts by Admin A

Burung yang Marah

Sekitar tahun 2010, sebuah permainan mudah alih (permua) di telefon bimbit diperkenalkan dan mendapat perhatian umum; Angry Birds. Ya, saya yakin, lebih 80% daripada pembaca pernah sekurang-kurangnya mencuba permua tersebut sekali. Di sebalik keseronokan pemain untuk menghapuskan khinzir-khinzir hijau yang bersembunyi di sebalik blok-blok kayu, sedarkah kita bahawa

Kisah Si Kerani

1905 merupakan tahun yang sangat penting kepada dunia fizik global apabila seorang kerani sebuah pejabat paten di Bern, Switzerland menemui sebuah teori yang sangat signifikan. Teori ini begitu signifikan sehingga ia melahirkan satu era fizik baharu yang digelar fizik moden (modern physics)! Beliau ialah Albert Einstein

Satu, Dua, Sifar, Tiga

Agak pelik urutan 1, 2, 0 dan 3 ya? Tetapi itulah yang berlaku dalam salah satu cabang fizik iaitu termodinamik (thermodynamics). Sebelum saya mengulas panjang mengenai urutan nombor yang pelik itu, biar saya terangkan apa itu termodinamik. Okay, ia agak jelas, termodinamik = termo +

Cahaya dan Lebih Lagi!

Jika anda seorang yang begitu mengagumi cahaya dan bagaimana ia bergerak, membengkok, memantul dan sebagainya, anda mungkin mahu memberikan lebih perhatian kepada artikel-artikel dalam kategori ini kerana kami akan menceritakan mengenainya, dan lebih lagi! Sebelum bercerita mengenai cahaya, ayuh kita imbas kembali apa yang cikgu-cikgu

Atomos

Jika disebut perkataan atom, sudah pasti ramai yang mampu menerangkan secara kasar; apakah definisinya? Apakah signifikannya dalam pengajian sains dan macam-macam lagi? Ramai juga yang akan mengatakan bahawa atom adalah bentuk terkecil bagi jirim (matter), dan tidak dapat dipecahkan lagi. Lagipun, perkataan atom berasal dari

Elektrik + Magnet?

Electromagnetism atau Keelektromagnetan merupakan salah satu cabang fizik yang agak tua berbanding cabang-cabang lain. Secara mudahnya, Keelektromagnetan mengkaji fizik yang melibatkan daya elektromagnet; salah satu daripada empat daya asas (fundamental forces). Daya elektromagnet merupakan daya yang dialami antara zarah bercas, contoh yang paling mudah sudah tentu adalah

Fizik // Physics // Physik // علوم فيزيائية

Fizik merupakan antara  bidang yang paling digeruni ramai atas beberapa sebab. Namun, tujuan Fiziklah! bukanlah untuk mengupas kegerunan ini, tetapi untuk menyediakan medium info-santai kepada orang kebanyakan dan rakyat marhean terhadap ilmu fizik. Meski kalian tidak pernah sedetik pun bercita-cita untuk menjadi seorang fizikawan yang berjaya,