Optik & Gelombang

Bunyi Menjadi Gambar!

Kepada mereka yang selalu mengikuti topik perbincangan kami di Twitter sudah pasti tahu bagaimana ukiran bersakala mikro pada sesuatu permukaan boleh menghasilkan bunyi dan suara (phonograph), dan juga bagaimana perubahan medan magnet boleh menghasilkan bunyi (compact cassette). Jika anda tidak berkesempatan untuk membaca thread topik berkenaan anda boleh klik pada pautan ini untuk melihat senarai thread yang pernah dibincangkan oleh para admin di Twitter.

Senarai tajuk perbincangan di Twitter

Berdasarkan perbincangan topik bunyi di Twitter, kita boleh ketahui bahawa informasi dalam bentuk bunyi boleh disimpan di dalam bentuk ukiran berskala mikro seperti pada piring hitam. Informasi yang admin maksudkan itu adalah lagu, walau bagaimanapun, informasi yang ingin disimpan di dalam piring hitam itu tidak terhad kepada lagu sahaja, bahkan kita boleh menyimpan bermacam bunyian. Informasi juga boleh disimpan di dalam pita compact cassatte yang selalu dimainkan di radio-radio lama. Berdasarkan 2 cara penyimpanan maklumat tersebut, kita tahu yang ukiran berskala mikro dan magnet boleh digunakan untuk menyimpan maklumat. Penyimpanan magnet (magnetic storage) masih lagi digunakan pada masa kini seperti di dalam cakera keras (hard disk) di dalam komputer anda.

Untuk kali ini admin ingin memperkenalkan kepada anda bagaimana maklumat berbentuk gambar disampaikan dan disimpan di dalam bentuk bunyi. Teknik ini adalah teknik lama yang pernah digunakan oleh pengintip dan juga NASA untuk menghantar gambar. Teknik ini dinamakan sebagai Slow-Scan Television (SSTV). Kita tahu bukan bahaw gambar diukur dalam bentuk piksel (contoh: 1280×720 piksel) iaitu elemen paling asas pada gambar. Kalau jirim kita ada elemen paling asasnya iaitu atom, maka untuk gambar di dalam komputer elemen paling asasnya pula adalah piksel. Di bawah ini adalah 3 cara untuk membina semula gambar daripada bentuk piksel iaitu dot, garis, dan tapisan lembut pada skrin komputer atau televisyen.

Sumber : Wikipedia

Gambar Menjadi Bunyi?

Jadi bagaimana gambar boleh menjadi bunyi? Haa macam admin cakap tadi kan gambar adalah hasil daripada binaan ratusan dan ribuan piksel, jadi untuk SSTV ini, satu jenis warna dan satu posisi piksel akan diwakili oleh satu frekuensi bunyi. Contoh gambar itu bersaiz 256×256 (memanjang x menegak) bermakna ada jumlah 65536 piksel, macam kita nak kira luas kawasan lah kan, panjang kali lebar dapatlah luas kawasan.

Kalau kita zoom in gambar di atas maka dapatlah gambar di bawah ini, di mana piksel ditunjukkan dalam bentuk kotak-kotak kecil. Terdapat sebanyak 65536 piksel di dalam gambar tersebut.

Di dalam puluhan ribu piksel tu ada bermacam-macam warna dan setiap satu berada pada posisi yang berlainan. Perubahan frequency (frequency modulation) bunyi akan didaftarkan berdasarkan kecerahan dan kegelapan piksel tersebut. Semakin cerah piksel tersebut, semakin tinggi frekuensu dan semakin gelap piksel tersebut semakin rendah frekuensi bunyi. Ini kerana pada awalnya SSTV ini cuma menyokong gambar hitam putih dan gambar bersaiz kecil sahaja, jadi piksel hanya akan ada dari skala cerah (putih) ke gelap (hitam) sahaja serta gambar cuma bersaiz 128×128 sahaja. Frekuensi bunyi tersebut adalah daripada 1500 Hz sehingga 2300 Hz, jadi ada 800 frekuensi boleh didaftarkan dengan pelbagai kecerahan.

Gambar tersebut akan dibaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah untuk diubah kepada bentuk bunyi, dan proses ini dinamakan sebagai encoding. Untuk proses dari bunyi menjadi gambar pula, ianya dinamakan sebagai decoding. Kini SSTV masih lagi digunakan oleh para pengguna radio amatur dan kini SSTV sudah menyokong gambar berwarna (RGB dan YUV) dengan frequency modulation yang lebih kompleks.

SSTV terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu header dan scanlines. Header adalah bunyi dimana alat decoder akan membaca jenis transmission yang digunakanScanlines adalah di mana maklumat gambar tersebut. Berikut adalah contoh gambar hasil  penghataran melalui SSTV.

Gambar dihantar dari bulan menggunakan SSTV
Sumber : Wikipedia
Gambar SSTV pengguna radio amatur.
Sumber : Wikipedia

Mari Cuba!

Kalau admin sembang macam ni je mesti ada yang tak faham kan? Jadi apa kata kita cuba tengok macam mana ianya berfungsi. Untuk mencuba SSTV ni anda semua memerlukan sebuah laptop dan juga telefon pintar. Pertama sekali download aplikasi Robot36 dari Play Store / App Store ke dalam telefon anda dan lancarkan aplikasi tersebut.

Robot36 di Play Store
Antarmuka (interface) aplikasi tersebut di dalam telefon bimbit android

Apabila anda sudah melancarkan aplikasi tersebut, pergi ke satu tempat yang agak senyap bersama laptop anda, dan mainkan video #CabaranFiziklah di bawah ini dan lihat gambar yang anda terima. Letakkan mikrofon telefon anda pada pembesar suara laptop anda untuk mendapatkan perubahan frekuensi bunyi yang lebih jelas dan tunggu sehingga gambar siap dijana.

Menarik kan teknik SSTV ni? Mana lah tahu nanti anda nak sampaikan mesej rahsia kepada rakan anda, boleh lah gunakan teknik ini. Untuk menukar imej kepada signal SSTV pula anda semua boleh download program SSTV Signal Generator, ianya boleh didapati di internet. Selamat mencuba!

P/S: Sebelum ada yang tanya macam mana signal SSTV dari bulan tu boleh sampai ke bumi, sedangkan bunyi tak boleh bergerak melalui vacuum, cuba fikir-fikirkan dulu.

Admin Z

Salah seorang daripada 2 admin Fiziklah! Itu je kot. LOL!

Artikel Berkait

Anda juga mungkin meminati
Close
Back to top button