== MAKLUMAT BERKENAAN #CABARANFIZIKLAH ==
	
	1.	Tujuan cabaran ini diadakan adalah bersempena dengan pencapaian pengikut seramai 1000 di akaun Twitter kami.
	
	2.	Cabaran ini adalah terbuka kepada semua, tidak kira sama ada 'followers' kami mahupun tidak, anda dialu-alukan
		untuk menyebarkan cabaran ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
	
	3.	Tema cabaran ini adalah berkenaan dengan penyampaian dan penyimpanan informasi. Masih ingatkah anda thread di 
		twitter mengenai bagaimana informasi (bunyian) disimpan di dalam ukiran(phonograph) serta bagaimana lagu 
		disimpan di dalam pita. Anda boleh cari pautan untuk 'thread' tersebut di sini 
		https://docs.google.com/document/d/1_Y03xXWjxizZNhpE_6if3IhoBxnW0tHqgOelzva8abU/
	
	4.	Anda boleh menggunakan khidmat google dan juga bantuan rakan-rakan anda, tetapi bukankah lebih memuaskan jika 
		anda menyelesaikannya sendiri?
		
	5.	Cabaran ini akan berlangsung selama 2 minggu bermula dari 18 Mac 2017 pada jam 8 malam dan akan berakhir pada
		1 April 2017 pada jam 8 malam. (Cabaran ini bukan April fool!)
		
	6.	Cabaran ini adalah sesuai diselesaikan dengan menggunakan PC anda. Klu dalam bentuk artikel akan diterbitkan
		seminggu selepas cabaran ini bermula.
	
	7.	Anda dikira telah berjaya menyelesaikan cabaran ini sekiranya anda mendapat ucapan "TAHNIAH!". 'Printscreen' ucapan
		tersebut dan hantarkan kepada kami.
		
	8.	Setakat ini tiada hadiah disediakan kepada mereka yang berjaya menyelesaikan cabaran ini, walau bagaimanapun ianya
		tertakluk kepada admin dan juga sambutan terhadap cabaran ini. Sebarang perubahan akan dimaklumkan di halaman ini.
		
	9.	Sila lawati pautan ini untuk memulakan #CabaranFiziklah https://www.youtube.com/watch?v=oxYoUTS-Zv0
	
	10. 	Klu ------> https://www.fiziklah.com/2017/03/bunyi-menjadi-gambar/
	
	SELAMAT BERJAYA!
	
	
#CabaranFiziklah